Matawang Euro dilihat cuba untuk membuat kenaikan pada dagangan semalam selepas data tinjauan keyakinan perniagaan di Jerman mencatatkan bacaan yang kukuh berbanding jangkaan pasaran.
Namun pasaran masih melihat dagangan Euro sebagai berisiko berdasarkan faktor fundamental yang dovish dari bank pusat Eropah. Selepas kadar faedah dikekalkan, bank pusat telah mengumumkan pula pelancaran kempen pinjaman jangka masa panjang pada September tahun ini.
Pada jam 3 petang tadi, data keyakinan pengguna tinjauan GfK mencatatkan angka bacaan yang menurun dan menambahkan lagi tekanan terhadap dagangan Euro pada sesi pasaran Eropah hari ini.
Berbanding dagangan dolar AUD yang positif, pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/AUD terus ditekan ke paras lebih rendah ekoran tekanan terhadap Euro.
Aussie kekal positif disokong oleh faktor sentimen pasaran semasa serta ekonomi di China yang kian beransur pulih.
Dilihat pergerakan harga pada EUR/AUD hari ini, harga yang menguji paras support 1.59000 telah pun berjaya breakout paras tersebut sebelum harga turun lebih rendah sehingga ke paras support 1.5874 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.
Jangkaan penurunan lebih rendah harga bakal menuju ke paras tumpuan sekitar 1.58100 iaitu paras support yang diuji harga pada dagangan Februari lalu. Sedikit lagi penurunan yang berjaya diteruskan akan ke paras support 1.5786 (MagicS3) pula.
Namun, jika harga kembali membuat lonjakan semula, paras 1.59000 harus dilepasi kembali sebelum harga berkemungkinan menuju ke paras tumpuan pada 1.60000 berhampiran paras resistance 1.6016 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line.
Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/AUD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras terbaik bagi posisi dagangan anda.
Paras support: 1.5874, 1.5840, 1.5786.
Paras resistance: 1.5962, 1.6016, 1.6050.