EUR/JPY Alami Kesukaran Untuk Tembusi Zon SBR 125.400, Harga Bakal Turun Semula?

408

Matawang Euro dilihat berjaya mengintai peluang untuk mengukuh nilai dagangan semasa berikutan penurunan pada nilai USD dalam pasaran. Di samping itu, perkembangan positif Brexit yang melonjakkan Pound semalam turut memberi tempias positif terhadap dagangan Euro.

Euro sebelum ini didagangkan dalam kelompak dagangan yang berisiko setelah kenyataan dovish oleh bank pusat terhadap dasar monetari berikutan pertumbuhanan ekonomi pada zon Eropah yang membimbangkan.

Selain itu juga, bank pusat Eropah telah mengumumkan kempen pinjaman bank jangka masa panjang akan dilancarkan pada September tahun ini dalam usaha untuk merancakkan kembali aktivit ekonomi.

Sementara itu, matawang Yen kembali didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain menjelang penetapan kadar faedah oleh Bank of Japan (BoJ) pada mesyuarat dasar monetari pada Jumaat ini.

Bank pusat Jepun dijangka akan terus mengekalkan dasar monetari yang longgar dan dalam kenyataan Gabenor Kuroda sebelum ini turut menyatakan bahawa, belum tiba masanya lagi untuk bank pusat keluar daripada dasar monetari yang sedia ada.

Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY, harga yang menguji paras support 124.300 pada Jumaat lalu telah menunjukkan pergerakan menaik harga dan harga menguji zon SBR (support become resistance) pada 125.400 setakat dagangan sesi Asia hari ini.

Dagangan hari ini yang dibuka tinggi dari paras Magic Pivot 124.919 terus membuat kenaikan ke paras resistance MagicR1 yang berada pada zon SBR sebelum harga bergerak mendatar dan perlahan di paras tersebut.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan destinasi tumpuan harga adalah ke resistance 126.088 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line. Sedikit kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon SBR 126.300 yang turut menjadi tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan, paras support 124.300 bakal kembali diuji harga dan pasaran akan melihat reaksi harga di paras tersebut sama ada harga berjaya breakout paras tersebut atau kembali pantul membuat kenaikan semula.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko pada posisi dagangan anda.

Paras support: 124.644, 124.197, 123.922.

Paras resistance: 125.366, 125.641, 126.088.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat