Sesi Asia pagi ini menyaksikan pergerakan menarik harga dipamerkan oleh mata wang Yen yang memberi reaksi terhadap keputusan mesyuarat bank pusat Jepun (BOJ).
Sejak semalam lagi Yen sudah mula mengukuh berikutan jangkaan terhadap perubahan pada kawalan keluk hasil (YCC) oleh bank pusat.
Mesyuarat sebentar tadi menyaksikan keputusan kadar faedah dikekalkan dan dasar monetari longgar juga turut dikekalkan. Yen melemah sebaik sahaja keputusan tersebut diumumkan.
Namun, tidak lama kemudiannya pasaran kembali menyaksikan pengukuhan semula Yen setelah BOJ menyatakan fleksibiliti pada sasaran bon JGB dan juga pembelian yang lebih besar.
Perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY dengan pergerakan drastik harga telah bermula sejak semalam.
Corak pergerakan harga telah mula menunjukkan tanda-tanda perubahan trend selepas minggu lalu harga berjaya merekodkan paras tertinggi pernah dicapai sejak 2008.
Harga paparkan terjunan sehingga ke paras 152.200 di penghujung sesi New York sebelum pergerakan harga mendatar seketika menantikan keputusan mesyuarat BOJ.
Sebaik keputusan mesyuarat diumumkan, harga mencanak naik hingga mencapai paras 154.900.
Kenaikan tersebut tidak melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa di carta EUR/JPY sebelum turun semula, menunjukkan pergerakan harga kekal bearish.
Harga kembali terjun semula sehingga paras terendah terbaru yang dicecah adalah sekitar 151.400 sebelum sedikit melantun ketika dagangan beransur ke pembukaan sesi Eropah.
Dengan mata wang Euro yang kehilangan momentumnya susulan jangkaan tidak jelas akan dasar monetari selanjutnya boleh mendorong penurunan lebih lanjut sekiranya Yen berjaya kekalkan pengukuhan.
Harga boleh jatuh sehingga mencecah paras sekitar 150.00 yang merupakan paras tumpuan penting pada dagangan sebelum ini.
Namun sekiranya berlaku lonjakan semula harga, zon 154.00 dilihat akan menjadi rintangan terhampir untuk diuji atau harga akan menuju semula paras dicapai ketika lonjakan di sesi Asia pagi tadi.
Kenaikan lebih tinggi sehingga menembusi halangan MA50 memberi petunjuk perubahan trend dan boleh mendorong harga menuju semula sekitar 157.00.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG