EUR/JPY Kekalkan Siri Penurunan Sehingga Penghujung Minggu

426

Matawang dolar Euro meneruskan siri penurunan harga hingga penghujung minggu ini dengan faktor-faktor semasa yang memberi tekanan terhadap matawang Eropah tersebut.

Pengarah Urusan International Monetary Fund (IMF) telah memberi amaran bahawa ketegangan perang dagang yang berlarutan akan meningkatkan risiko terhadap ekonomi zon Eropah dan situasi tersebut boleh menjurus ke arah pertumbuhan yang perlahan serta penurunan kadar inflasi.

Data ekonomi yang dikeluarkan pada sesi pasaran Eropah semalam turut menambahkan lagi tekanan buat Euro. Bacaan bagi data pengeluaran perindustrian bagi bulan April mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan dan juga bacaan sebelum ini yang telah dikemaskini semula.

Berbanding matawang safe-haven Yen yang masih memiliki kelebihan dalam situasi perang dagang yang masih tegang, dagangan harga pada pasangan matawang EUR/JPY dilihat mencatatkan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut.

Harga menguji paras SBR (support become resistance) pada 122.500 sebelum penurunan harga mencecah ke paras sekitar 122.200 dan juga support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart EUR/JPY.

Diperhatikan pergerakan harga pada EUR/JPY untuk hari ini pula, harga yang bergerak rendah di bawah paras Magic Pivot 122.298 hari ini dilihat cuba untuk meneruskan penurunan ke paras lebih rendah menuju ke paras support 122.035 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Penurunan harga ke paras lebih rendah dijangka mampu mencecah ke paras sekitar support 121.607 (MagicS3) dengan tambahan sekitar 60 pips lagi penurunan harga.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, kenaikan harga dijangka akan menguji zon SBR 122.500 yang diuji semalam.

Jangkaan kenaikan tertinggi harga akan menguji paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu pada paras 123.100 di mana harga gagal menembusi paras tersebut sebelum membuat penurunan pada dagangan minggu ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 122.035, 121.870, 121.607.

Paras resistance: 122.463, 122.726, 122.891.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat