EUR/JPY Mampu Capai 160 PIPS Penurunan Harga Jika Gagal Lepasi Resistance 125.900

915

EURO sebagai matawang anti-USD berjaya mengukuhkan nilai dagangannya setelah USD didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain sejak semalam berikutan faktor optimis pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Jika dilihat dari sudut fundamental, matawang EURO masih lagi berada dalam kelompok dagangan yang berisiko dengan pertumbuhan pada ekonomi di zon Eropah yang membimbangkan. Turut menyokong kenaikan EURO adalah pengukuhan Sterling berikutan perkembangan semasa yang positif untuk isu Brexit.

Seiring dengan kemerosotan dagangan USD, Yen turut mengalami kejatuhan nilai sebagai matawang berstatus safe-haven. Pelabur yang melihat sentimen pasaran yang kembali pulih ekoran perkembangan positif rundingan dagang membuatkan matawang safe-haven susut nilai apabila aset yang berisiko dan berpulangan tinggi akan menjadi pilihan.

Situasi yang berterusan akan terus melemahkan dagangan Yen disamping terkesan juga dengan kenyataan dovish oleh bank pusat yang mempertimbangkan untuk dasar monetari yang lebih longgar.

Jika diperhatikan pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/JPY, paras support pada 124.300 gagal ditembusi harga setelah diuji beberapa kali untuk dagangan Februari. Kenaikan harga setakat dagangan awal sesi pasaran Eropah hari ini melihatkan harga kembali menguji paras resistance pada 125.900.

Paras RBS (resistance become support) pada 125.400 menjadi tumpuan dan berkemungkinan harga akan turun membuat pembetulan harga (correction) di paras tersebut sebelum menyambung semula kenaikan jika sentimen masih tidak berubah.

Namun, jika Yen berjaya mengukuhkan kembali dagangannya berbanding EURO, penurunan harga boleh mencecah paras 124.300 untuk harga menguji semula zon support tersebut. Penurunan harga ke paras tersebut boleh mencapai sekitar 160 pips pergerakan harga pada EUR/JPY.

 

 

Lihat juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line yang menjadi paras tumpuan harga pada chart EUR/JPY.

Paras support: 124.945, 124.456, 124.147.

Paras resistance: 125.743, 126.052, 126.541.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat