EUR/USD Bakal Sambung Lonjakan Penghujung Minggu Lalu?

556

Penyusutan US dolar pada dagangan penghujung minggu lalu telah membuka ruang untuk lonjakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD.

Selain faktor aktiviti pengambilan keuntungan (profit taking) yang terjadi pada kebiasaan penghujung minggu, data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York Jumaat lalu menyaksikan angka bacaan jatuh ke paras terendah 10 tahun.

Pada carta EUR/USD minggu lalu, harga telah bergerak perlahan meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal untuk pergerakan bullish harga.

Susulan data keyakinan pengguna AS yang lemah itu telah mendorong harga melonjak sehingga ke paras tumpuan 1800.00 semula sebelum perlahan dan menutup dagangan minggu lalu sekitar paras tersebut.

Data ekonomi China yang diterbitkan dengan bacaan lemah pada pembukaan pasaran awal minggu ini berkemungkinan akan sedikit menyokong mata wang safe-haven US dolar dengan penilaian sentimen berisiko oleh pelabur.

Penurunan harga mungkin dapat dilihat, namun sekiranya harga gagal turun lebih rendah melepasi zon 1.17500, kenaikan harga akan dijangkakan semula untuk menguji rintangan 1800.00.

Kenaikan yang berjaya diteruskan pada awal minggu melepasi paras 1800.00 akan memberi petunjuk lebih jelas untuk trend bullish harga.

Zon resistance pada 1.19000 seterusnya akan kembali menjadi sasaran kenaikan harga.

Sebaliknya jika US dolar berjaya mengukuh semula pada minggu ini dan menekan harga ke bawah semula, zon support pada 1.17000 akan dituju harga untuk diuji.

Masih menjadi sokongan penting buat harga, sekiranya harga jatuh lebih rendah di bawah zon tersebut, harga akan mencatatkan paras terendah terbaru tahun ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat