EUR/USD Bakal Teruskan Lagi Kenaikan Pada Dagangan Hari Ini?

412

Dolar USD kekal diniagakan berwaspada dalam pasaran berikutan ketidaktentuan pada perkembangan rundingan dagang Amerika Syarikat dan China.

Keraguan terus melanda apabila dilaporkan Beijing mula skeptikal terhadap perjanjian bersama Amerika Syarikat. Hal ini dipercayai didorong oleh komen Presiden AS Donald Trump yang menegaskan tiada persetujuan dalam perjanjian untuk pembatalan tarif.

Sentimen yang dilihat berisiko sejak semalam telah menyokong dagangan dolar Euro untuk mengukuh berbanding dolar USD pada carta pasangan matawang EUR/USD.

Harga yang bergerak mendatar sekitar paras 1.10600 semalam kemudiannya telah melonjak hampir 40 pips ke paras lebih tinggi, menyambung kenaikan harga sejak minggu lalu.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga berlegar pada zon SBR (support become resistance) sekitar 1.10700 pada sesi Eropah.

Bergerak mendatar, harga dilihat masih berada di atas paras garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) menandakan harga masih cenderung untuk membuat kenaikan.

Berkemungkinan harga turun menyentuh paras MA50 terlebih dahulu sebelum kembali menyambung kenaikan harga pada sesi New York malam ini.

Jika kenaikan harga diteruskan, harga bakal menuju zon SBR lebih tinggi pada paras sekitar 1.11400 dengan mencatatkan 70 pips pergerakan harga dari paras semasa.

Namun jika harga bergerak turun lebih rendah dari garisan MA50, harga dijangka lebih cenderung untuk turun lebih rendah.

Penurunan harga berkemungkinan menuju zon support sebelum ini di bawah paras 1.10000 yang diuji pada minggu lalu. Penurunan lebih rendah dari zon tersebut akan merekodkan paras terendah bulanan yang terbaru.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat