EUR/USD Belum Tentukan Arah Pergerakan Harga Yang Lebih Jelas

436

Sentimen jangkitan virus di Eropah sedikit melegakan dengan angka kes jangkitan perlahan di kawasan berisiko tinggi seperti di Itali, Sepanyol dan Perancis. Namun dijangka tempoh perintah berkurung akan dilanjutkan lagi.

Lebih mempengaruhi dagangan Euro pada minggu ini adalah perbincangan di antara Menteri-menteri kewangan dalam zon Eropah untuk kesepakatan dalam melaksanakan pakej rangsangan ekonomi.

Isu terbesar dalam draf perjanjian adalah berkenaan instrumen kewangan inovatif yang diperkenalkan namun telah ditolak oleh Itali. Itali sebaliknya mahukan pinjaman dengan syarat yang lebih longgar dimana telah dibantah oleh Belanda dengan alasan pilihan tersebut tidak sepatutnya dibenarkan.

Pelabur masih menunggu butiran hasil keputusan yang dibincangkan yang akan diteruskan pada hari ini.

Justeru itu dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD masih lagi belum menunjukkan arah pergerakan yang jelas.

US dolar juga turut diniagakan berisiko pada minggu ini selepas sentimen pasaran berubah pada awal minggu. Tumpuan akan terarah pada data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat serta data keyakinan pengguna.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta EUR/USD, harga membuat kenaikan sekitar 140 pips pada Selasa setelah bergerak mendatar hari sebelumnya.

Namun selepas mencecah paras ketinggian 1.0920, harga kembali membuat penurunan semalam sebelum pergerakan harga lebih mendatar bersambung pada dagangan hari ini.

Harga kini telah berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) berkemungkinan memberi isyarat awal penurunan harga ke paras lebih rendah.

Jika penurunan diteruskan, paras RBS (resistabce become support) pada 1.0830 akan diuji sebelum harga menuju paras support minggu lalu sekitar 1.0770.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon support pada dagangan Mac mencecah paras 1.0740.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, paras tertinggi mingguan pada 1.0920 akan kembali menjadi tumpuan untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat