Seperti yang dijangkakan penganalisis untuk kecenderungan US dolar, raja mata wang itu masih mengekalkan pengukuhannya pada dagangan Rabu semalam.
Sentimen pasaran dinilai kekal berisiko sedikit memberi kelebihan kepada pergerakan US dolar menuju ke penghujung minggu.
Ia turut disokong oleh data PMI perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang diterbitkan di sesi New York dengan bacaan untuk bulan Ogos yang meningkat lebih tinggi berbanding ramalan dan bulan sebelumnya.
Justeru, US dolar dilihat terus memberi tekanan dan membenam mata wang utama lain untuk jatuh lebih rendah.
Berikutan situasi tersebut, Euro ditekan untuk kekal berlegar di paras terendah 13 minggu berbanding US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-mengamuk-lagi
Melihatkan carta pasangan mata wang EUR/USD, harga berlegar di atas paras 1.07000 yang dilihat menjadi sokongan ubat harga.
Cubaan kenaikan harga yang lemah semalam sekadar mencapai paras 1.07500 dan tidak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, kekal memberi isyarat pergerakan bearish.
Harga membuat penurunan semula menuju ke paras 1.07000 namun masih lagi belum menembusinya.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk paras 1.07000 ditembusi sebelum harga mencatatkan paras terendah yang terbaru.
Sasaran adalah menuju ke sekitar 1.06000 setelah kali terakhir harga bermain di sekitar itu adalah pada dagangan Mac lalu.
Sementara untuk ramalan kenaikan harga pula, setelah gagal tembusi support 1.07000, harga boleh melantun naik semula menuju paras 1.08000 yang ketika ini menjadi rintangan buat harga.
Melepasi rintangan itu akan mendorong harga naik lebih tinggi untuk mensasarkan ke zon 1.09000 semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG