EUR/USD Buat Penurunan Semula Selepas Inflasi AS Kekal Di Paras Tertinggi 40 Tahun

305

Menjadi tumpuan pelabur pada sesi New York Khamis semalam adalah keputusan mesyuarat bank pusat Eropah serta terbitan bagi data inflasi Amerika Syarikat (AS).

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti dijangkakan, namun Presiden ECB Christine Lagarde memberi sedikit kejutan dalam pengumuman program pembelian aset (APP) mereka.

Langkah pengurangan pembelian aset (tapering) bakal dipercepatkan untuk berakhir pada penghujung suku ketiga tahun ini berbanding unjuran pada Oktober sebelum ini.

Sementara data inflasi AS pula kekal berada di paras tertinggi 40 tahun dengan bacaan inflasi tahunan pada 7.9%. US dolar kembali mengukuh susulan data diterbitkan.

Pengukuhan US dolar turut disokong oleh perkembangan rundingan kali keempat Rusia dan Ukraine yang berakhir suram tanpa persetujuan genjatan senjata dan koridor kemanusiaan.

Suasana pasaran yang berisiko dan menambahkan lagi tarikan terhadap US dolar telah memberi tekanan terhadap Euro walaupun pelabur menilai kenyataan Presiden Lagarde yang bernada hawkish.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, lonjakan ketara harga yang berlaku pada Rabu lalu tidak berjaya diteruskan pada dagangan Khamis semalam.

US dolar yang berjaya kembali mendominasi telah menekan harga susut semula sehingga ke bawah paras 1.1000 selepas kenaikan awal mencapai paras ketinggian 1.11200 di zon SBR (support become resistance).

Pelabur menantikan isyarat pergerakan harga selanjutnya sementara harga berlegar sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam selepas harga susut di bawahnya.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan dilihat akan kembali semula ke zon support 1.0800 seperti penurunan awal pada minggu lalu.

Sementara untuk jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan pula, zon SBR (support become resistance) 1.11200 akan diuji semula selepas menjadi rintangan harga untuk minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula ke paras 1.12000 dan zon 1.12700 yang menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat