EUR/USD Cecah Paras Lebih Rendah, Tapi Ada Petunjuk Penting Hari Ini!

258

US dolar dilihat masih mengekalkan pengukuhannya semalam di paras tertinggi 1 bulan, namun dilihat sedikit suram menuju dagangan penghujung sesi New York.

Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan positif semakin mengurangkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Jika situasi berterusan, US dolar mampu untuk mengekalkan pemulihannya selepas prestasi merosot yang dipamerkan di penghujung dagangan 2023 lalu.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak perlahan namun mencatatkan penurunan ke paras terendah yang baru untuk tempoh dagangan 5 minggu.

Menyentuh paras terendah sekitar 1.08450, harga telah melantun semula dan menyambung kenaikan di sesi Asia pagi ini (Khamis) ke sekitar 1.09000.

Kenaikan harga perlahan, namun dilihat telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish.

Jika kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan, harga bakal menuju semula ke zon tumpuan pada 1.10000 sebelum ini.

Pada minggu-minggu sudah, beberapa kali harga dilihat menguji rintangan 1.10000 itu namun masih gagal ditembusi.

Pelabur tetap berwaspada untuk jangkaan penurunan harga masih akan diteruskan lagi menuju dagangan ke penghujung minggu.

Jika harga susut semuka, tumpuan adalah untuk harga mencecah sekitar paras 1.08000 dan terus catatkan paras terendah terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat