EUR/USD Cuba Untuk Memanjat, Namun Tersangkut Pada Halangan $1.1000

277

Sentimen pasaran pada awal dagangan minggu ini dinilai masih berisiko dengan perkembangan rundingan antara Rusia dan Ukraine masih belum memberikan keputusan positif selepas beberapa pusingan rundingan telah berlangsung.

Rundingan bakal bersambung lagi pada Selasa.

Rusia dilaporkan akan menghentikan eksport barli, jagung dan gandum, serta bersama Belarus untuk berhenti membayar untuk bekalan tenaga dalam US dolar.

Dalam masa yang sama, Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan satu lagi gelombang sekatan ke atas Rusia, sementara turut terdapat laporan bahawa China bakal menyediakan bantuan bagi sokongan ekonomi dan ketenteraan kepada Rusia.

Suasana yang masih berisiko terus memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven US dolar sementara pelabur juga menantikan keputusan mesyuarat FOMC minggu ini dengan jangkaan kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed).

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan harga mendatar di awal minggu di bawah paras rintangan 1.1000 pada sesi New York semalam selepas kenaikan yang dibuat pada sesi sebelumnya.

Namun harga gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi paras 1.1000 dan juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat untuk menyambung pergerakan bearish harga.

Penurunan lebih rendah masih dijangkakan untuk menguji zon support pada 1.0800 yang cuba dicecah harga pada dagangan awal minggu lalu.

Penurunan yang diteruskan melepasi support tersebut dilihat akan menuju pula ke paras sekitar 1.0700 untuk mencatatkan paras terendah yang terbaru.

Namun jika kenaikan harga berjaya melepasi rintangan pada 1.1000, pelabur akan menilai petunjuk tambahan bagi isyarat perubahan trend harga.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 1.11200 yang menjadi rintangan pada kenaikan harga minggu lalu.

Bagi mata wang Euro, pelabur akan turut memberi perhatian terhadap terbitan laporan sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang bakal diterbitkan pada sesi Eropah sebentar lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat