EUR/USD – Euro Cuba Bangkit Tapi USD Tempeleng Jatuh Gedebuk

201

Lemah di awal minggu namun US dolar berjaya pamerkan pengukuhan pada dagangan Selasa semalam dengan beberapa faktor yang diteliti oleh penganalisis.

Antaranya kebimbangan yang masih terarah pada isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) memberi kelebihan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Kemudian, isyarat bernada hawkish dari kenyataan oleh beberapa Presiden Federal Reserve (Fed) yang melihat bahawa pengetatan dasar monetari masih lagi diperlukan.

Selain itu, data jualan runcit AS yang diterbitkan bagi bacaan bulan April semalam telah menunjukkan peningkatan semula berbanding bulan sebelumnya, namun sedikit tidak mencapai jangkaan.

Mata wang Euro cuba untuk paparkan pengukuhan berbanding US dolar di sesi Eropah, namun kecundang semula setelah US dolar berjaya mendapat rentak pengukuhan kembali selain data tinjauan ZEW sentimen ekonomi Eropah turut menampilkan angka yang merosot.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga sedikit meningkat namun sebaik menyentuh sahaja paras 1.09000, harga melantun turun semula.

Menutup dagangan penghujung sesi New York, harga perlahan di sekitar 1.08600 selain turut bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk isyarat bearish buat harga.

Sekiranya US dolar berjaya mengekalkan momentum semalam, penurunan lebih rendah akan diperlihatkan dengan sasaran harga untuk menuju ke paras 1.08000.

Paras terendah terbaru 7 minggu bakal dicatatkan dan jika harga menjunam tembus lebih rendah, jangkaan harga boleh mencecah hingga sekitar 1.07000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon 1.09000 akan terus diuji yang akan memberi isyarat perubahan trend sekiranya ditembusi.

Bergerak lebih tinggi akan menyaksikan harga bakal mencapai semula paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat