US dolar gagal memberikan arah yang jelas kepada para pelabur sehingga berakhirnya dagangan pada minggu lalu.
Data inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan angka yang tidak selari dengan inflasi pengguna sebelumnya.
Di sesi terakhir Jumaat lalu, data indeks harga pengeluar (PPI) catat penurunan -0.1% pada Disember 2023 berbanding ramalan 0.1%. Ini adalah berbeza berbanding inflasi pengguna (CPI) yang meningkat atasi jangkaan.
Justeru, pengukuhan US dolar gagal diteruskan sebaliknya pergerakan harga melibatkan dagangan US dolar agak bercampur di penghujung minggu.
Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga terus kekal bergerak mendatar di bawah paras 1.10000.
Tidak banyak perubahan yang ketara berlaku pada corak pergerakan sepanjang minggu lepas.
Harga dilihat kekal berlegar di garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu sementara diperhatikan pelabur untuk isyarat arah seterusnya.
Jika selepas ini kenaikan harga cuba dipamerkan, rintangan pada 1.10000 akan terus diuji setelah harga jatuh di bawah tersebut untuk 2 minggu.
Selepas berjaya ditembusi, barulah pergerakan bullish dijangka akan dipaparkan untuk harga meningkat menuju pula paras tumpuan pada 1.11000.
Jika sebaliknya berlaku kejatuhan harga, zon sokongan terhampir dilihat pada sekitar 1.088000 yang diuji ketika data NFP diterbitkan sebelum ini.
Susut lebih rendah di bawah zon tersebut akan menjangkakan penurunan diteruskan untuk mencecah paras 1.08000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG