EUR/USD Kekal Berlegar Di Zon Terendah 5 Tahun

195

US dolar dilihat masih mengekalkan pengukuhannya, namun pelabur menilai raja mata wang itu menutup dagangan minggu lalu sedikit suram susulan reaksi terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Diterbitkan bacaan untuk bulan April, pertambahan pekerjaan AS berjaya mengatasi jangkaan 390,000 untuk mencatatkan angka 428,000 bersamaan bacaan pada bulan sebelumnya yang telah dikemaskini semula.

Walaupun pertambahan pekerjaan berjaya mengatasi jangkaan, namun purata pendapatan di AS turun sedikit lebih rendah manakala kadar pengangguran juga kekal tidak berubah berbanding jangkaan untuk menurun.

Bacaan yang bercampur ini dilihat menghadkan pergerakan US dolar yang mempamerkan pengukuhan yang tidak begitu ketara pada sesi terakhir dagangan minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga kekal berlegar di paras terendah 5 tahun dengan zon 1.0500 dilihat menjadi zon support buat harga sejak penghujung April lalu.

Kenaikan harga pada minggu lalu sekadar mencapai paras 1.06400 ketika reaksi penyusutan US dolar selepas mesyuarat FOMC sebelum US dolar yang kembali mengukuh menyambung penurunan semula ke zon 1.0500.

Masih memberi reaksi untuk pergerakan trend bearish, harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD semula selepas kenaikan harga menjelang laporan NFP Jumaat lalu gagal melepasi paras 1.0600.

Jika US dolar berjaya pamerkan pengukuhan pada minggu ini, penurunan harga lebih rendah akan dijangkakan untuk menembusi zon support 1.0500 untuk terus memburu rekod terendah terbaru 5 tahun.

Zon yang menjadi tumpuan pada penurunan selanjutnya adalah pada 1.0400 yang merupakan zon support harga pada dagangan Disember 2016 lalu.

Namun jika harga berjaya melonjak dari zon mendatar sejak minggu lalu, kenaikan yang melepasi paras 1.0600 dan 1.06400 yang diuji minggu lalu akan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan pada rintangan 1.0700 sebelum menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.08000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat