EUR/USD Lemau! Pelabur Nantikan Keputusan Mesyuarat FOMC

522

Nampaknya matawang USD kembali mendapat manfaat sebagai matawang safe-haven setelah risiko penularan varian Omicron semakin membimbangkan dunia susulan laporan terbaharu daripada UK.

Lantaran itu, ia serba sedikit telah menyokong USD untuk mengukuh di kala masih peroleh sokongan daripada kenyataan hawkish oleh Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC pada minggu ini.

Bagaimanapun pelabur turut dijangka akan memerhatikan kepada mesyuarat European Central Bank (ECB) minggu ini juga bagi melihat reaksi bank pusat itu dalam melaksanakan rencana dasar polisinya.

Memantau harga kepada carta pasangan matawang EUR/USD nampaknya zon SBR (support become resistance) 1.13000 masih lagi kekal menjadi tumpuan sebagai zon yang paling sukar untuk ditembusi.

Yakni zon tersebut dilihat terus menghalang pergerakan harga daripada terus melonjak untuk kembali jatuh sehingga bersambung ke sesi Eropah untuk mencecah semula paras sokongan sekitar 1.12650.

Namun harga mempamerkan percubaan untuk meningkat pada sesi New York semalam (Isnin) akan tetapi masih gagal untuk menembusi zon tumpuan itu dan akhirnya kembali jatuh di penghujung sesi.

Tampaknya terdapat paras sokongan sekitar 1.12650 yang kerap kali menyokong lonjakan harga yang sama sekali mungkin pelabur akan menilai reaksi pada paras itu sebelum mencari sasaran terbaharu.

Jikalau pergerakan harga terus membuat penurunan lebih rendah mengatasi paras sokongan tersebut, ia dijangka akan mendorong harga untuk jejaki semula trendline resistance dan zon sokongan 1.12000.

Tetapi sebaliknya zon SBR 1.13000 bakal kekal menjadi tumpuan paling utama dalam jangkaan akan dicapai terlebih dahulu sebelum menjangkakan harga mampu tembusi zon itu untuk kembali mendaki.

Pendakian lebih garang pula akan memacu pergerakan harga mencapai paras tertinggi sekitar 1.13500 dan berkemungkinan harga bakal berupaya menuju zon SBR 1.14000 dalam meneruskan trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat