EUR/USD Masih Belum Berjaya Tembusi Tembok $1.2000

344

US dolar gagal pamerkan pengukuhan pada sesi New York walaupun data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mac diterbitkan semalam dengan angka yang melonjak lebih tinggi berbanding jangkaan.

Penyusutan US dolar yang berterusan didorong oleh kejatuhan mendadak pada hasil perbendaharaan 10-tahun AS sehingga mencecah paras 1.53%.

Sedikit peningkatan hasil perbendaharaan AS pada sesi Asia pagi ini dilihat akan menyaksikan US dolar sedikit meningkat.

Federal Reserve (Fed) juga masih mengulangi komitmen mereka untuk mengekalkan kadar faedah di paras rendah berhampiran sifar untuk beberapa tahun akan datang walaupun timbul perbincangan untuk pengurangan pembelian bon.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD mendatar dan masih gagal menembusi zon resistance 1.2000 susulan data jualan runcit AS diterbitkan positif membendung kejatuhan lebih lanjut US dolar di sesi New York.

Selepas harga meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di penghujung sesi New York, harga kemudiannya pamerkan penurunan di bawah paras tersebut pada sesi Asia pagi Jumaat.

Penganalisis masih menjangkakan US dolar akan terus bergerak lemah, namun berkemungkinan faktor aktivit pengambilan keuntungan (profit-taking) pada kebiasaan di penghujung minggu boleh meningkatkan semula dagangan US dolar.

Jika US dolar berjaya kukuh dan menekan harga pada sesi-sesi berikutnya, harga boleh turun sehingga ke zon sokongan pada 1.19000.

Namun jika harga kekal meneruskan kenaikan, zon resistance 1.2000 perlu ditembusi sebelum jangkaan kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju sehingga zon tumpuan pada 1.20600-1.20900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat