EUR/USD Masih Terus ‘Terluka’

602

Keyakinan pelabur semakin meningkat terhadap perkembangan pakej rangsangan ekonomi $1.9 trilion oleh Presiden Joe Biden selepas diluluskan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS).

US dolar telah pamerkan pengukuhan pada dagangan awal minggu ini dan turut disokong oleh terbitan data PMI pembuatan AS pada sesi New York semalam.

Data pembuatan tinjauan ISM meningkat lebih tinggi untuk bulan Februari berbanding jangkaan untuk kekal di paras bulan sebelumnya.

Dengan itu, pergerakan US dolar dilihat kekal stabil sehingga sesi New York berakhir walaupun momentum pengukuhan dilihat sedikit perlahan.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah membuat penurunan pada sesi Eropah semalam untuk menyambung trend penurunan minggu lalu.

Penurunan harga mencecah ke paras 1.20300 menguji zon support minggu lalu itu.

Dagangan yang bersambung pada awal sesi Asia hari ini (Selasa) menunjukkan harga cuba menyambung penurunan untuk menembusi support 1.20300.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju ke paras support utama 1.20000.

Namun pelabur perlu berwaspada untuk situasi kenaikan harga jika mata wang Euro kembali mendapat rentak pengukuhan.

Pasaran berkemungkinan akan memberi reaksi terhadap kenyataan positif oleh bank pusat Eropah yang menggambarkan polisi yang diterapkan telah berjaya menyokong proses pemulihan ekonomi di Eropah.

Walaupun begitu, unjuran pertumbuhan masih lagi dilihat lemah.

Kenaikan harga bakal menguji semula zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.20600 begitu juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Melepasi zon SBR dan halangan MA50 tersebut akan kembali memberi isyarat perubahan trend bullish pada carta EUR/USD.

Harga kemudiannya bakal membuat kenaikan menuju zon rintangan pada 1.21500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat