EUR/USD Melonjak Ke Paras Tertinggi 2 Tahun!

520

Sentimen pasaran semakin menunjukkan pemulihan berdasarkan peningkatan pada indeks utama saham Amerika Syarikat (AS) dengan lonjakan S&P 500 ke paras tertinggi terbaru melepasi paras 3390.0. Indeks ditutup bercampur dengan NASDAQ catat prestasi terbaik.

Sentimen risk-on pasaran akan terus memberi tekanan terhadap dagangan US dolar dalam pasaran berikutan permintaan terhadap matawang safe-haven dalam pasaran menyusut.

Berkenaan pakej rangsangan ekonomi AS, pihak Demokrat menyatakan akan menarik balik sebahagian permintaan mereka sebagai usaha untuk mencapai persetujuan rundingan. Perkembangan rundingan akan terus dipantau pelabur.

Buat masa ini, dapat dilihat US dolar terus bergerak susut dalam pasaran berbanding matawang utama yang lain.

Matawang Eropah khususnya Euro memanfaatkan peluang untuk terus mengukuh sejak awal minggu.

Mencapai kenaikan harian sehingga 100 pips, dagangan pada carta pasangan matawang EUR/USD telah berjaya tembusi resistance 1.19000 setelah diuji sejak beberapa minggu sebelum ini.

Lonjakan ketara harga pada awal sesi New York telah mendorong harga mencapai paras tertinggi terbaru 2 tahun pada 1.19670. Namun harga kembali menutup dagangan sedikit rendah di bawah paras tersebut.

Pelabur bakal menjangkakan harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi. Destinasi tumpuan berikutnya berkemungkinan di paras 1.19900 yang merupakan paras resistance pada dagangan Mei 2018.

Momentum bullish harga berpotensi untuk melonjakkan harga ke paras lebih tinggi jika paras tersebut turut ditembusi harga.

Namun jika harga kembali membuat penurunan, paras 1.19000 akan kembali diuji sebagai zon RBS (resistance become support) terbaru pada carta EUR/USD.

Penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) jika diperhatikan pada pergerakan 1 jam harga, akan kembali memberi isyarat perubahan kepada trend bearish.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat