Corak pergerakan bagi mata wang US dolar sejak awal minggu dilihat suram, namun menunjukkan pengukuhan pada sesi New York semalam ketika menutup dagangan bagi bulan Oktober.
Indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam tepati ramalan untuk sedikit meningkat.
Ini menyusuli bacaan baik pada data ADP pada Rabu yang mencatatkan lonjakan pertambahan pekerjaan swasta yang tinggi walaupun bacaan awal pertumbuhan ekonomi AS suku ketiga sedikit rendah dari ramalan.
Data ADP memberi isyarat positif bagi laporan pekerjaan NFP AS untuk bulan Oktober yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini.
Jika memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga semakin menunjukkan peningkatan selepas melepasi paras 1.08000 sebelum ini hingga menghampiri zon sasaran 1.09000.
Namun penganalisis yang menjangkakan US dolar masih berpotensi untuk mengukuh menjelang mesyuarat FOMC pada minggu hadapan membuatkan pelabur berhati-hati dengan pergerakan semasa.
Reaksi harga pada zon 1.09000 akan diperhatikan untuk isyarat petunjuk arah pergerakan yang selanjutnya.
Sekiranya berlaku lonjakan kukuh menembusi zon penting itu, trend bullish harga dijangka akan diteruskan dengan sasaran akan beralih pada ketinggian 1.10000.
Sementara jika berlaku pengunduran harga semula, berkemungkinan paras tumpuan sebelum ini pada 1.08000 kembali dihampiri harga.
Penurunan harga di bawah paras itu akan mengundang risiko yang menjangkakan kejatuhan lebih parah dan boleh catatkan paras terendah terbaru menuju sasaran 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK