EUR/USD Mula Mendatar Selepas Mendaki 4 Hari Berturut-Turut

671

Selepas jatuh ke paras terendah 2 minggu, prestasi mata wang US dolar dijangka akan terus merosot selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam kurang memberangsangkan.

Kadar inflasi AS untuk Januari sedikit rendah berbanding bacaan sebelumnya sementara bacaan inflasi teras juga turut susut.

Hal ini akan terus mendorong penyusutan US dolar yang berterusan sejak awal minggu lagi di samping ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang bernada dovish terhadap polisi monetari bank pusat.

Situasi penyusutan US dolar tersebut telah memberi ruang untuk mata wang Euro mengukuh ke paras ketinggian pada Januari lalu selepas mempamerkan kenaikan harga untuk 4 hari berturut-turut pada carta pasangan mata wang EUR/USD.

Setakat sesi New York semalam, harga telah mencapai kenaikan ke paras ketinggian 1.21400 selepas lonjakan harga pada Jumaat lalu melepasi semula paras 1.20000.

Walaupun mencapai paras ketinggian terbaru, namun pergerakan harga dilihat agak mendatar pada carta EUR/USD semalam sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan diuji sebelum jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Seterusnya, zon rintangan di bawah paras 1.21800 dilihat akan menjadi tempat harga berlegar sebelum menutup dagangan pada minggu ini.

Sekiranya harga kembali menjunam semula, paras sokongan harga dilihat pada 1.21900 untuk harga menguji semula zon RBS (resistance become support) sekitar tersebut.

Penurunan lebih rendah dengan isyarat trend bearish harga semula akan mendorong penurunan sehingga mencecah paras 1.20000 kembali.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat