EUR/USD Mulakan Dagangan Awal Minggu Dengan Corak Penurunan Harga

759

US dolar pada awal dagangan minggu ini dilihat mencatatkan kenaikan berbanding penyusutan pada minggu lalu. Namun, masih belum menunjukkan pengukuhan yang jelas walaupun sentimen pasaran kembali berisiko dengan ketegangan yang tercetus di antara Amerika Syarikat (A.S) dan China.

Presiden A.S Donald Trump telah mengancam untuk membatalkan perjanjian perdagangan dengan dakwaan China gagal menepati pembelian barangan A.S seperti yang dipersetujui dalam rundingan sebelum ini.

Sementara matawang Euro pula dilihat bergerak lemah pada awal minggu didorong data ekonomi pada sesi Eropah yang turut diterbitkan lemah.

Data PMI pembuatan di zon Eropah terutama di Sepanyol, Itali, Perancis dan juga Jerman masing-masing mencatatkan bacaan yang rendah seperti bacaan sebelumnya. Ini menunjukkan sektor pembuatan masih dalam fasa penguncupan.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga membuat penurunan sejak awal sesi Asia bermula semalam menyambung penurunan pada penghujung dagangan Jumaat lalu selepas harga mencapai paras ketinggian melepasi 1.1000.

Penurunan harga semalam melepasi paras sokongan pada Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat awal perubahan kepada trend bearish.

Harga turun menguji paras 1.0900 pada zon RBS (resistance become support) sebelum mendatar di sekitar paras tersebut sehingga dagangan sesi New York berakhir.

Bersambung pada dagangan Selasa, harga bergerak perlahan dengan mempamerkan kenaikan yang lemah pada awal sesi Asia.

Kenaikan dilihat akan menguji paras halangan dinamik MA50 pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD sebelum harga menyambung semula penurunan.

Namun kenaikan yang berjaya melepasi MA50 dilihat akan menguji semula zon resistance pada 1.1000.

Sekiranya harga menyambung penurunan, harga akan bergerak lebih rendah melepasi zon RBS 1.0900 sebelum turun menuju zon RBS lebih rendah sekitar 1.0830.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support pada 1.0730 yang diuji pada dagangan April lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat