EUR/USD Nak Naik Atau Jatuh? Petunjuk Ada Pada Zon $1.0800!

284

Walaupun tekanan masih membelenggu, namun US dolar tetap berjaya meneruskan pengukuhannya pada dagangan awal minggu semalam.

Tumpuan pelabur hari ini (Selasa) akan terarah kepada terbitan data tinjauan sektor perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) dan pekerjaan JOLTS di sesi New York yang dilihat akan mempengaruhi pergerakan lanjut US dolar.

Jika bacaan data adalah memberangsangkan, US dolar berpotensi untuk mengekalkan pengukuhannya dan memberikan tekanan kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Euro.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat masih mengekalkan corak penurunan khususnya di sesi New York semalam yang menyambung pergerakan pada penghujung minggu lalu.

Jika diimbas kembali, harga telah berubah arah membuat penurunan setelah kenaikan harga sebelumnya terhalang pada zon rintangan 1.1000.

Harga yang telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut menjadi isyarat untuk pergerakan bearish yang diteruskan sehingga Isnin semalam.

Seperti dijangka, penurunan harga menghampiri zon tumpuan 1.08000 dan kemudiannya melantun semula sehingga pergerakan perlahan harga diperlihatkan di sesi Asia pagi ini sekitar 1.08400.

Masih lagi harga bergerak di bawah halangan MA50, berkemungkinan penurunan harga akan diteruskan untuk sekali lagi menguji paras sokongan pada 1.08000.

Jika harga tembus paras tersebut, penurunan lebih rendah bakal dilanjutkan dengan sasaran akan berubah pula ke paras 1.07000.

Namun sekiranya situasi kembali berubah menyaksikan penyusutan semula US dolar, harga berkemungkinan boleh melonjak kembali.

Melepasi halangan MA50 menjadi petanda awal untuk harga menyambung pergerakan bullish sebelum ini seterusnya menuju semula zon rintangan pada ketinggian 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat