EUR/USD Nak Sambung Turun Sampai $1.0600 Minggu Ini?

489

Pada dagangan Jumaat lalu, US dolar dilihat tidak menyambung pengukuhannya selepas menyaksikan raja mata wang itu ‘tunjuk belang’ pada hari Khamis sebelumnya.

Pengukuhan didorong oleh data-data penting seperti inflasi pengguna dan pengeluar yang catat peningkatan, namun sedikit bertenang pada penghujung minggu apabila data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) diterbitkan suram.

Mesyuarat FOMC akan dinantikan minggu ini dan akan membuatkan pelabur berjaga-jaga terhadap dagangan US dolar dari awal minggu.

Sementara itu, mata wang Euro dijangka akan mengalami kemerosotan berlanjutan hingga minggu ini setelah bank pusat Eropah (ECB) minggu lalu memberi isyarat kenaikan kadar faedah yang dibuat adalah yang terakhir dalam langkah pengetatan dasar monetari mereka.

Jika diperhati pada carta pasangan mata wang EUR/USD, trend masih bearish melihatkan harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Setelah jatuh ke paras sekitar 0.63000, harga sedikit meningkat lemah di penghujung minggu sebelum berakhir di sekitar 1.06600.

Sekiranya trend penurunan harga masih diteruskan lagi, paras terendah terbaru berkemungkinan akan dicatatkan dengan sasaran adalah menuju ke 1.06000.

Kali terakhir harga menyentuh paras tersebut adalah pada dagangan Mac yang lalu.

Namun jika harga membuat kenaikan di atas paras halangan MA50 dan paras 1.07000, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan akan menguji paras halangan sepanjang dagangan minggu lalu sekitar 1.07600 sebelum menuju ke zon rintangan berikutnya pada 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat