US dolar tidak meneruskan pengukuhannya pada dagangan Rabu semalam selepas berjaya memaparkan pemulihan pada Selasa lalu ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Penyusutan semula US dolar dilihat berlaku setelah pasaran menghadam data tersebut sementara menantikan data-data berikutnya yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini.
Antara tumpuan adalah data inflasi pengeluar (PPI), jualan runcit serta data tuntutan faedah pengangguran AS.
Penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk mata wang utama lain kembali meningkat termasuk Euro.
Euro berjaya kukuh berbanding US dolar semalam walaupun terdapat pandangan dovish dari ahli bank pusat Eropah (ECB) untuk persediaan bagi menurunkan kadar faedah.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak pergerakan harga kembali berubah semula selepas penurunan dipaparkan dari awal minggu.
Selepas menguji zon 1.09000, harga telah kembali membuat kenaikan semula dan di penghujung sesi New York harga telah mencapai ketinggian 1.09600.
Pergerakan perlahan di sekitar itu menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan jangkaan kenaikan akan diteruskan selepas isyarat bullish harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Untuk kenaikan lebih tinggi, harga dijangkakan untuk mencapai paras 1.10000 selepas mengatasi paras minggu lalu.
Ini akan menjadi paras tertinggi harga 9 minggu selepas kali terakhir paras 1.10000 tersebut diuji pada Januari lalu.
Namun, jika harga kembali menjunam di bawah garisan sokongan MA50, penurunan harga dijangka akan menguji zon tumpuan 1.09000 semula.
Jika tembus lebih rendah akan menjadi isyarat bearish lebih jelas untuk harga susut sehingga ke paras tumpuan berikutnya pada 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG