US dolar kembali bergerak lemah pada pembukaan awal minggu Isnin semalam setelah mempamerkan pengukuhan pada dagangan penutup minggu lalu.
Namun, masih awal untuk pelabur menentukan arah dalam pasaran dengan ketidaktentuan terus melanda didorong oleh kebimbangan kesan konflik perang di Timur Tengah ke atas seluruh pasaran global.
Mata wang Euro berjaya meningkat sejak sesi Asia semalam hingga ke penutup sesi New York tatkala US dolar masih mencari-cari rentaknya.
Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) akan dipantau di sesi New York malam nanti tapi sebelum itu, tinjauan ZEW sentimen ekonomi Jerman akan diberi tumpuan terlebih dahulu di awal sesi Eropah sebentar lagi.
Meneliti carta pergerakan pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat kembali melantun semula dari paras support semasa 1.05000 yang dicecah pada penurunan Jumaat lalu.
Kenaikan harga sehingga ke penghujung sesi New York mencapai ketinggian 1.05600 dan harga juga telah melepasi semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat untuk perubahan trend.
Jika kenaikan harga diteruskan lagi hari ini, sasaran adalah untuk menguji paras 1.06000.
Jika tembus, paras ketinggian minggu lalu pada 1.06400 pula yang akan cuba untuk harga capai kembali.
Sementara, penurunan harga jika berlaku semula di bawah sokongan MA50 akan menjangkakan corak bearish minggu lalu akan diteruskan.
Harga bakal menguji support 1.05000 dan jika tembus lebih rendah, penurunan dilihat akan menuju ke paras tumpuan di awal Oktober sekitar 1.04500.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG