EUR/USD – Sempat Cecah Paras Terendah Baru, Harga Lonjak Semula 70 Pips!

123

US dolar alami penyusutan pada dagangan Selasa semalam ketika penganalisis masih menilai kesan perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang berjaya mencapai persetujuan pada hujung minggu lalu.

Namun, pemain pasaran dilihat masih belum begitu yakin dan menantikan keputusan undian di Dewan dan Senat sebelum perjanjian ditandatangani.

Tumpuan dilihat beralih dahulu pada penerbitan data-data ekonomi penting AS menuju penghujung minggu ini yang membuatkan pelabur berwaspada.

Bakal menambah tekanan buat US dolar adalah jangkaan suram terhadap kesemua komponen dalam laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada Jumaat nanti.

US dolar ketara melemah di sesi Eropah semalam, namun sedikit memulih di sesi New York dengan terbitan data keyakinan pengguna AS yang lebih baik daripada angka ramalan.

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, paras terendah telah dicatatkan hampir mencecah 1.06700 sebelum lantunan 70 pips dipaparkan.

Kembali berada di atas paras 1.07000 semula, harga turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu untuk memberi isyarat awal untuk memulakan pergerakan bullish selepas ini.

Paras ketinggian dicapai sekitar 1.07450 sebelum harga sedikit berundur menguji paras sokongan MA50 dan akhirnya menutup dagangan sesi New York sekitar paras 1.07300.

Pelabur bersedia untuk melihat kenaikan lebih tinggi diteruskan hari ini (Rabu) sekiranya US dolar kekal melemah menuju penghujung minggu.

Kenaikan disasarkan ke paras 1.08000 yang akan menjadi rintangan awal perlu diuji sebelum harga yang tembus lebih tinggi akan menuju zon tumpuan 1.09000.

Namun jika harga kembali menjunam di bawah paras 1.07000, besar kemungkinan untuk paras terendah terbaru bakal dicatatkan lagi.

Penurunan lanjut harga dilihat boleh mencecah hingga ke sekitar paras 1.06000 sebagai sasaran zon support terbaru.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat