EUR/USD Susut Ke Paras Terendah 5 Minggu, Apa Jangkaan Harga Menjelang CPI & FOMC?

119

US dolar dilihat melanjutkan pengukuhan pada dagangan Selasa semalam namun masih dalam momentum yang lebih perlahan berbanding pergerakan pada penutup minggu lalu.

Pasaran berkemungkinan sedang berwaspada menantikan petunjuk lebih besar yang akan muncul pada sesi New York hari ini (Rabu).

Selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diteliti pada Jumaat lalu, tumpuan akan terarah pula kepada data inflasi AS di awal sesi New York sebentar lagi.

Kedua-dua data tersebut akan dinilai sebagai indikator penting buat Federal Reserve (Fed) menjelang keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Pastinya ucapan yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell akan membawa impak besar dalam pasaran selain mengundang pergerakan drastik harga terutamanya mata wang US dolar.

Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga dilihat masih susut ke paras terendah terbaru 6 minggu mencecah paras 1.07200.

Walaupun tekanan pengukuhan US dolar tidaklah terlalu ketara, namun mata wang Euro sememangnya didagangkan dalam mod berisiko dengan faktor ketidaktentuan politik yang sedang melanda Eropah seusai pilihan raya hujung minggu lalu.

Pergerakan harga pada carta EUR/USD masih dalam trend bearish yang dilihat berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan mencecah paras 1.07000 yang dilihat sebagai zon sokongan buat harga.

Dengan impak besar selepas data inflasi dan mesyuarat FOMC, risiko kejatuhan lebih dalam harga untuk berlaku adalah tinggi.

Dan tidak mustahil jika harga untuk bergerak ke arah berlawanan iaitu dengan melonjak lebih tinggi semula.

Rintangan awal berada pada zon 1.08000 untuk diuji harga terlebih dahulu sebelum kenaikan lebih tinggi mengisyaratkan perubahan trend.

Seterusnya, harga boleh menuju semula ke zon rintangan 1.08000 yang menjadi tumpuan harga sepanjang minggu lepas.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat