EUR/USD Tak Jadi Sambung Terjun, Dah Patah Balik Naik Semula?

640

Pengukuhan US dolar menuju ke penghujung minggu dilihat kehilangan momentum apabila nilainya kembali susut semula.

Hasil bon Amerika Syarikat (AS) dilihat mencatatkan penurunan sementara data tuntutan pengangguran di AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam dengan angka bacaan yang lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan.

Ini sedikit memberi tekanan semula terhadap dagangan US dolar yang membuatkan pelabur berpandangan US dolar berkemungkinan akan meneruskan penyusutan seperti minggu lalu.

Seperti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang membuat penurunan pada minggu ini mencecah hampir ke paras 1.20200 sebelum pasaran menyaksikan semula lonjakan harga semalam.

Situasi penyusutan US dolar juga turut memberi ruang untuk mata wang Euro dan juga mata wang utama yang lain mengukuh dalam pasaran semula.

Sementara menantikan beberapa data-data ekonomi Eropah pada hari ini, Euro turut disokong oleh kenyataan oleh penggubal polisi bank pusat Eropah semalam dengan petunjuk polisi semasa yang menyokong pemulihan daripada krisis pandemik akan terus dikekalkan.

Kenaikan harga pada carta EUR/USD turut melepasi semula zon SBR (support become resistance) 1.20550-1.20900 selepas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga turut berjaya ditembusi.

Ini memberikan isyarat awal perubahan trend bullish harga semula dengan jangkaan kenaikan yang diteruskan akan menuju kembali zon resistance 1.21500-1.21800.

Namun jika US dolar berjaya mengukuh sebelum dagangan minggu ini melabuhkan tirai, harga boleh jatuh lebih rendah semula ke paras tumpuan 1.20000 selepas paras terendah harian semalam berjaya diatasi.

Penurunan lebih rendah berpotensi menuju ke paras support 1.19500 dan juga paras 1.19000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat