US dolar didagangkan lemah pada pembukaan awal minggu ini yang menyambung corak penyusutan pada penutup sesi terakhir minggu lalu.
Indeks dolar papar penurunan semalam namun hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) bergerak mendatar.
Namun, pelabur kekal berhati-hati dengan situasi yang masih tak menentu sebelum berdepan mesyuarat FOMC dan beberapa data-data penting termasuk laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu.
Ketika US dolar sedang menyusut, kebanyakan mata wang utama lain memanfaatkan ruang untuk catat peningkatan nilai masing-masing termasuk Euro.
Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menyambung lagi corak kenaikan pada awal minggu semalam melepasi paras rintangan 1.06000.
Selepas pergerakan mendatar sejak sesi Asia di sekitar 1.05600 selain menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, harga kemudiannya melonjak sekitar 80 pips.
Selepas mencapai ketinggian sekitar 1.06250 di sesi New York, harga berundur semula ke sekitar 1.06000 pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Corak kenaikan harga dijangka akan diteruskan untuk harga mensasarkan mencapai zon rintangan 1.07000 pula.
Zon tersebut hampir diuji pada kenaikan harga pada minggu lalu, namun harga gagal menyentuhnya sebelum penurunan berlaku.
Sekiranya harga bergerak susut di bawah paras 1.06000 semula, paras sokongan MA50 akan diuji sekali lagi.
Jika tembus lebih rendah, harga bakal menuju ke zon support tumpuan sebelum ini yang berada pada 1.05000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG