Pergerakan pasaran di awal minggu perlahan menyaksikan US dolar didagangkan agak bercampur-campur, namun belum menunjukkan tanda-tanda untuk kembali melemah.
Pengukuhan telah berjaya dipaparkan oleh US dolar sehingga ke penutup minggu lalu apabila tumpuan pasaran terarah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Ketiga-tiga komponen pada laporan adalah positif dengan pertambahan pekerjaan pada bulan November meningkat 199,000 mengatasi jangkaan 184,000 dan lebih tinggi berbanding Oktober pada 150,000.
Sementara itu, purata pendapatan per jam meningkat 0.4% berbanding bulan sebelumnya pada 0.2%, dan turut melepasi ramalan 0.3%.
Kadar pengangguran pula ketara jatuh kepada 3.7% dari paras 3.9% yang dijangka akan kekal untuk bulan November.
Pelabur akan menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti, tapi terlebih dahulu tumpuan akan diberikan kepada data inflasi AS di sesi New York malam ini.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang gagal naik melepasi paras 1.08000 pada minggu lalu telah ditekan ke bawah semula dipengaruhi oleh laporan data NFP yang diterbitkan.
Harga susut ke paras terendah mingguan pada Jumaat lalu mencecah sekitar 1.07240 sebelum melantun sedikit untuk menutup dagangan sesi terakhir sekitar 1.07600.
Pergerakan harga yang bersambung pada pembukaan awal minggu semalam dilihat mendatar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, memberi isyarat bahawa kenaikan harga sukar untuk diteruskan.
Penurunan lebih rendah harga jika bersambung pada hari ini akan menjangkakan melepasi paras pada minggu lalu sebelum harga mencecah 1.07000.
Jika tembus lebih rendah, harga akan meneruskan pergerakan trend bearish dengan sasaran menuju pula sekitar 1.06000.
Sebaliknya jika harga berjaya memaparkan kenaikan semula, rintangan terhampir pada 1.08000 sekali lagi bakal diuji.
Seterusnya, kenaikan yang berjaya diteruskan akan memberi isyarat perubahan trend harga untuk berlaku sebelum sasaran harga akan terarah kepada tumpuan-tumpuan sebelum ini seperti paras 1.09000 atau hingga 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG