EUR/USD ‘Tergelincir’ Semula, Pelabur Nantikan Data Inflasi AS

376

Sentimen pasaran yang dinilai berisiko oleh pelabur pada awal minggu telah menyokong pengukuhan semula US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Antara faktor yang menjadi tumpuan adalah laporan terbaru berkenaan Evergrande yang terlepas pembayaran dividen asing kembali menimbulkan kebimbangan dalam pasaran.

Namun pelabur kekal berwaspada menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Rabu bagi mendapatkan petunjuk terhadap dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) selepas tumpuan kepada laporan NFP minggu lalu.

US dolar dilihat berjaya kembali mengukuh berbanding Euro momentum pengukuhan pada minggu lalu terbantut.

Bagi mata wang Euro, pelabur akan memberi tumpuan pada terbitan data tinjauan sentimen ekonomi Eropah khususnya di Jerman pada sesi Eropah sebentar lagi.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat bergerak mendatar di atas paras sokongan 1.15300 yang dicecah minggu lalu bersambung ke awal minggu ini.

Pengukuhan US dolar semalam kembali menekan harga ke paras 1.15500 pada sesi New York, menggagalkan cubaan awal kenaikan harga.

Penurunan harga dilihat akan kembali menguji zon support 1.15300-1.15000 untuk harga terus memburu paras terendah terbaru untuk 2021.

Untuk situasi kenaikan harga pula, paras rintangan pada 1.16000 akan menjadi tumpuan yang bakal diuji sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dan memberi isyarat perubahan trend bullish.

Kenaikan seterusnya dijangkakan untuk kembali menuju semula ke zon harga sekitar 1.17000 selepas harga jatuh di bawah paras tersebut pada dagangan penghujung September lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat