US dolar telah memadamkan keuntungan diraih sepanjang minggu lalu susulan reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat memberi kesan penyusutan nilai ketara pada raja mata wang itu.
Meneliti laporan, pertambahan pekerjaan pada Julai adalah lebih rendah berbanding ramalan, selain bacaan angka bulan sebelumnya juga turut dikemaskini menurun.
Namun, purata pendapatan serta kadar pengangguran catat bacaan yang baik.
US dolar telah ketara menyusut sebaik sahaja laporan tersebut diterbitkan, selain penganalisis melihat situasi itu bercampur dengan aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh para pelabur di penghujung minggu.
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD Jumaat lalu, harga yang dilihat bergerak mendatar di sesi Asia dan Eropah mula melonjak agresif di awal sesi New York.
Selepas laporan diterbitkan, harga melonjak 100 pips dari paras 1.09400 hingga 1.10400 sebelum berundur sedikit untuk mengakhiri dagangan sesi terarkhir itu di sekitar 1.10000.
Kekal menjadi tumpuan hingga minggu ini, harga mendatar di paras 1.10000 tersebut pada sesi Asia bagi pembukaan dagangan minggu kedua bulan Ogos.
Lonjakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu telah memberi petanda awal untuk kemungkinan trend harga yang bakal berubah.
Sekiranya corak kenaikan diteruskan minggu ini, harga yang melonjak dari paras 1.10000 bakal mengatasi ketinggian pada Jumaat lalu sebelum melanjutkan lagi kenaikan ke paras ketinggian yang dicapai sebelum ini iaitu pada sekitar 1.11400.
Seterusnya, zon rintangan pada 1.12000 akan menjadi sasaran berikutnya jika kenaikan harga masih diteruskan.
Namun, jika harga mula berpatah arah membuat penurunan semula, corak pergerakan bearish seperti minggu-minggu sebelum ini berkemungkinan akan diteruskan semula.
Harga yang melepasi sokongan MA50 seterusnya menembusi zon 1.09000 akan menjadi isyarat untuk penurunan lebih rendah bakal berlaku.
Sasaran selanjutnya adalah untuk harga menuju pula sekitar 1.08000 yang berpotensi menjadi support terbaru buat harga.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG