EUR/USD Teruskan Kenaikan Hampiri Paras Rintangan 1.1900

672

US dolar dijangka akan terus bergerak lemah pada minggu ini selepas Kongres AS masih belum memberikan keputusan dalam perbincangan pelaksanaan pakej rangsangan Coronavirus dan bakal berehat selamat satu bulan sebelum kembali menyambung semula perbincangan.

Dagangan US dolar pada penghujung minggu lalu juga berakhir lemah susulan data jualan runcit AS yang diterbitkan dengan catatan kurang baik.

Penyusutan berterusan US dolar akan memberi ruang untuk matawang utama lain khususnya Euro untuk mengukuh dalam pasaran.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD menunjukkan kenaikan pada dagangan sesi Asia memulakan dagangan awal minggu ini. Kenaikan tersebut dilihat terus menyambung pergerakan harga di penghujung minggu lalu dan menguji paras rintangan minggu lalu pada 1.18600.

Pada Jumaat lalu, harga membuat penurunan menguji paras 1.17800 di zon RBS (resistance become support) sebelum kembali melonjak semula dan menutup dagangan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Dengan jangkaan untuk harga mengekalkan trend bullish, harga berkemungkinan akan menuju ke zon resistance pada 1.19000.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya melepasi zon tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru pada carta EUR/USD sejak dagangan Mei 2018.

Namun jika harga kembali menjunam semula, zon RBS 1.18000 akan kembali diuji sebelum harga meneruskan penurunan ke zon support 1.17200.

Para pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap data-data ekonomi Eropah di penghujung minggu yang mempengaruhi pergerakan matawang Euro.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat