Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Khamis semalam menunjukkan berlaku penurunan setelah harga mendatar sepanjang hari sebelumnya.
Situasi pengukuhan US dolar berbanding Euro dipengaruhi oleh terbitan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan bacaan lebih baik berbanding ramalan untuk minggu lepas.
Kebimbangan terhadap kemerosotan sektor buruh AS sebelum ini sedikit berkurang namun pasaran masih dalam keadaan berjaga-jaga.
Penurunan harga di awal sesi New York menguji zon 1.09000 namun harga melantun semula di atasnya sebelum pergerakan harga mendatar sehingga menyambung ke pembukaan sesi Asia sekitar 1.09200.
Lantunan harga itu dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang diperhatikan pelabur untuk menentukan kecenderungan harga selanjutnya.
Sekiranya harga susut semula dan bergerak ke bawah 1.09000, harga berkemungkinan akan menyambung corak penurunan semula untuk ke paras yang lebih rendah.
Setelah memperlihatkan pergerakan bearish lebih jelas, penurunan harga dijangka boleh mencecah hingga ke sekitar 1.08000 semula seperti dagangan minggu lalu.
Sebaliknya jika harga melonjak naik semula pada sesi-sesi akhir untuk minggu ini, paras 1.10000 akan menjadi sasaran untuk dicapai semula sebagai paras rintangan penting.
Jika kenaikan harga berjaya menembusi rintangan 1.10000, harga akan catatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran bakal beralih pula kepada 1.11000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG