Euro Ambil Kesempatan untuk Raih Keuntungan Sebelum Pasaran ditutup Bagi Tahun 2016

55

Euro melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu walaupun sesi dangangan semakin nipis menjelang Tahun Baru.

EUR/USD, 30 minit

Euro dalam sesi ini melonjak sebanyak 0.8 peratus selepas spike kepada nilai $1.0700 sebelum ini.

Dalam masa yang sama, matawang Euro juga meningkat berbanding Yen sehingga 0.6 peratus.

Menurut Kaneo Ogino iaitu pengarah firma penyelidikan pertukaran asing global, pasaran dinilai agak perlahan berbaki beberapa hari menjelang penghujung tahun ini. Namun Euro masih menggunakan kesempatan ini untuk mengaut keuntungan.

US Dollar menyusut sebanyak 0.1 peratus kepada 116.43 Yen, angka terendah yang pernah dicapai sejak 14 Disember.

USD/JPY, 30 minit

Kemenangan Trump telah membantu menolak hasil Perbendaharaan AS ke paras tertinggi kerana pentadbiran beliau dijangka akan mencetuskan inflasi dan lebih banyak kenaikan kadar faedah daripada Fed.

Dalam sesi ini juga, sterling meningkat 0.2 peratus kepada $1.2293, beralih kepada sesi terendah dalam tempoh 2 bulan. Tahun ini sahaja, matawang ini telah jatuh hampir 16.6 peratus selepas mengambil keputusan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

GBP/USD, 30 minit

Tips Trade Secara Santai dengan Hati yang Tenang

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat