Euro Menuju Ke Paras Terendahnya Sejak Oktober 2018, Pound Makin Tertekan.

565

Pasaran ekuiti Asia hari ini didagangkan positif hari ini dengan harapan bahawa kemajuan dalam perbincangan perdagangan AS-China sedang dibuat selepas Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin berkata beliau mempunyai terdapat perbincangan yang produktif semalam di Beijing.

Impak daripada peningkatan dalam sentimen pasaran ini menyebabkan matawang berpulangan tinggi seperti Aussie dan Kiwi mendapat permintaan pelabur.

Awal sesi Eropah, data ekonomi yang menjadi tumpuan pasaran adalah data pengangguran dari Jerman. Kadar pengangguran di Jerman menurun kepada 3.1% pada Februari 2019 daripada 3.2% pada bulan sebelumnya. Ia adalah kadar yang terendah sejak Mac 1980 ekoran sektor pekerjaan semakin meningkat.

Susulan hal ini, Euro menuju ke paras terburuknya sejak Oktober lalu. Tambahan lagi, tinjauan ekonomi yang lemah daripada jangkaan dari Jerman dan isyarat dovish dari ECB telah menyebabkan pelabur untuk mengurangkan pegangan posisi belian Euro.

Sementara itu pertumbuhan ekonomi Britain disahkan pada bacaan 0.2% dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember 2018, di bawah angka 0.7% pada tempoh sebelumnya.

Hal ini bakal menambahkan lagi tekanan terhadap Pound Sterling ditambah lagi dengan ketidaktentuan Brexit yang semakin meningkat.

Dagangan New York malam ini pelabur akan disajikan dengan data KDNK daripada Kanada yang diramalkan kurang baik oleh pasaran berikutan data imbangan dagangan dan jualan runcit yang melemah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat