Euro Terbang Tinggi Selepas Pilihanraya Belanda Memberikan Kemenangan Selesa Kepada Mark Rutte

81

Euro kembali mencatat peningkatan selepas pilihanraya Belanda memberi kemenangan selesa kepada Perdana Menteri berbanding pencabar terdekatnya. Dalam masa yang sama, US Dollar menjunam ke paras terendah dalam tempoh sebulan selepas Fed agak kurang agresif terhadap unjuran peningkatan kadar pada masa akan datang.

Euro meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh lima minggu pada Khamis selepas melonjak 1.2 dalam sekelip mata sebelum ini.

Matawang tersebut dirangsang apabila Perdana Menteri Mark Rutte mengalahkan pencabar utamanya Geert Wilders yang juga dikatakan anti Islam dalam proses pilihanraya, sekali gus mengurangkan kebimbangan rakyat Belanda terhadap risiko Belanda untuk keluar dari EU.

Menurut Ketua Strategi Matawang di Mizuho Securities, peningkatan Euro ini adalah reaksi awal yang menunjukkan kelegaan pasaran terhadap keputusan pilihanraya.

Dalam sesi ini juga, US Dollar Index menyusut sebanyak 0.2 peratus selepas menjunam lebih satu peratus berbanding hari sebelumnya.

US Dollar mengalami penerjunan selepas Fed menamatkan mesyuarat dasar selama dua hari pada Rabu dengan keputusan peningkatan kadar. dalam kenyataan yang sama, Fed juga menjangkakan tiga lagi kenaikan pada tahun 2017.

Kebanyakan trader meletakkan jangkaan ini apabila ekonomi AS dilihat berada dalam momentum stabil.

Menurut Koji Fukaya, Presiden FPG Securities di Tokyo, spekulasi peningkatan kadar sebanyak empat kali pada tahun ini dianggap keterlaluan. Plot dot juga ditinggalkan dalam keadaan tidak berubah untuk menolak US Dollar ke paras yang lebih tinggi memandangkan US Dollar telah berada pada tahap yang agak tinggi tahun ini.

Bank of Japan Tepati Jangkaan Pasaran Dengan Mengekalkan Dasar!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat