#EveryOneCanSell Lazada Membuka Peluang Kepada Lebih 50,000 Peniaga Baru

86

Platform Lazada Malaysia telah melancarkan satu program baru yang dikenali sebagai #EveryoneCanSell, bertujuan untuk menarik lebih 50,000 peniaga ke dalam platform sebelum akhir tahun 2018.

Menerusi laporan Bernama, CEO Lazada, Hans Peter Ressel berkata, sasaran Lazada adalah untuk menarik lebih banyak usahawan kecil dan sederhana (SME) ke dalam paltform melalui program #EveryoneCanSell dengan kerjasama TM, Maybank, SSM dan SME Corp

Ressel tidak menafikan bahawa sasaran 50,000 peniaga adalah satu “cita-cita yang terlalu tinggi”. Walau bagaimanapun, beliau yakin dengan kerjasama daripada empat syarikat utama ini akan membantu menarik dan mendidik lebih ramai para peniaga.

Beliau turut menyatakan program #EveryoneCanSell ini akan membantu meransang perkembangan SME tempatan dengan memberi mereka penyelesaian dan peralatan seperti latihan e-dagang, peningkatan sambungan internet dan sokongan kewangan supaya mereka boleh maju dengan cepat mengikut peredaran masa.

Kelebihan #EveryOneCanSell

Sumber: Lazada

Dengan kerjasama empat entiti besar iaitu Maybank, TM, SMM dan SME Corp memberi peluang kepada peniaga untuk mendapatkan latihan menjual produk di SME Corp melalui sistem e-dagang, membuat transaksi dan pinjaman melalui Maybank dan pendaftaran bisnes yang sah disisi undang-undang melaui SSM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat