Facebook Kembali Hadir Dalam Dunia Crypto Dengan Nafas Baru Melalui “Diem”!

639

Facebook menyatakan hasrat yang jelas untuk kembali ke dalam dunia crypto. Sebelum ini, syarikat gergasi tersebut telah mengeluarkan matawang crypto yang bernama Libra, walaubagaimanapun projek tersebut berhadapan dengan kegagalan kerana berhadapan dengan pelbagai kritikan terutamanya dalam pengawalseliaan dan risikonya di peringkat global.

Projek matawang crypto sebelum ini telah berjaya mengumpulkan kerjasama dari syarikat-syarikat gergasi Mastercard, Visa, eBay, Stripe dan Paypal dala usahama tersebut. Walaubgaimanapun, satu persatu mula menarik diri.

Terkini Facebook hadir dengan nafas baru dengan menjenama semula matawang crypto Libra dengan nama “Diem” dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan.

Penukaran nama itu adalah sebahagian daripada langkah untuk menstrukturkan kembali dan merombak semula. Sebelum ini, Libra telah berhadapan halangan dari pengawal selia dan bank pusat yang menimbulkan kebimbangan bahawa ia dapat mengugat dasar monetari dan mengancam privasi.

Orang yang menjadi tulang belakang organisasi Diem enggan beri ulasan mengenai waktu pelancaran matawang crypto yang dilaporkan sebelum ini akan dilancarkan pada awal bulan Januari.

Libra Association kini memiliki 27 ahli termasuk ketua subsidiari Facebook, Novi Financial, David Marcus. Novi Financial akan memperkenalkan wallet digital Novi khas untuk Libra iaitu sistem pembayaran baru yang mana dibina berdasarkan inovatif teknologi blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat