Do svidaniya RUD 17 juta kerana tak delete content saja.
Facebook dilaporkan telah membayar denda sebanyak RUB 17 juta atau bersamaan sekitar $230,000 ekoran kegagalan syarikat tersebut memadam kandungan yang dianggap tidak sah oleh Moscow.
Menurut agensi berita Rusia Interfax, walaupun Facebook telah membayar denda tersebut namun masih terdapat risiko berdepan denda yang lebih besar pada masa akan datang.
Selain Facebook Meta, Alphabet milik Google turut menghadapi kes mahkamah kerana disyaki melanggar undang-undang Rusia berulang kali berkenaan kandungan yang dipaparkan dan boleh didenda dengan peratusan daripada hasil tahunannya di Rusia.
Sementara itu,, Interfax turut menyatakan aplikasi Telegram juga telah membayar denda sebanyak RUB 15 juta atas kesalahan yang sama.
Sehingga kini pihak Moscow terus memberi tekanan ke atas firma teknologi gergasi dunia dalam kempen yang disifatkan oleh pengkritik sebagai percubaan pihak berkuasa Rusia untuk melaksanakan kawalan yang lebih ketat ke atas pengguna Internet yang dikaitkan dengan ancaman penyekatan kebebasan individu dan koprat.