Fakta! Omicron Jahat Tapi Penyelamat Sektor Kesihatan Malaysia

224

‘Mungkin ke ini peluang pelabur untuk memancing pada sektor kesihatan.’

Saham syarikat sarung tangan getah Malaysia memperlihatkan momentum lonjakan dari semalam selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan penemuan lebih 300 mutasi baru varian Omicron Covid-19.

Mencerap indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia (KLHC), ia melonjak 1.71% untuk melepasi paras 1,600 iaitu catatan tertinggi dalam 2 bulan hasil dorongan syarikat-syarikat sarung tangan getah.

Setakat tengah hari ini, saham Careplus Group Bhd naik 6.74% pada 48 sen, Top Glove Corp Bhd tambah 3.97% pada 78 sen dan Supermax Corp Bhd capai 1.61% pada 94 sen.

Selain itu, Hartalega Holdings Bhd raih 2.42% pada RM2.13, Kossan Rubber Industries Bhd canak 1.64% pada RM1.24 dan Adventa Bhd lonjak 2.82% pada 73 sen.

Turut memperlihatkan pergerakan positif adalah Pharmaniaga Bhd naik 2.80% pada 55 sen, IHH Healthcare Bhd tambah 0.50% pada RM5.79 dan KPJ Healthcare Bhd canak 1.25% pada 81 sen.

Berbalik kepada berita penemuan 300 mutasi baru varian Omicron, Ketua Teknikal Covid-19 WHO iaitu Maria Van Kerkhove menerusi Twitter mengemukakan pendedahan tersebut.

Ulasnya, terdapat kemungkinan peningkatan kadar jangkitan baru dengan kemunculan hampir 300 mutasi varian Omicron.

Beliau turut menjelaskan 80% daripada mutasi tersebut datang dari variasi BA.5, BA.2, BA.2.10.1 dan BA.2.75 yang dikategorikan sebagai varian dengan kadar keberjangkitan tinggi oleh WHO.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat