Faktor Geopolitik Global Serta Data Ekonomi China Yang Kurang Memuaskan Adalah Driver Kepada Pergerakan Pasaran Forex Hari Ini

478

Matawang bersifat safe-haven seperti Yen dan Swissy melonjak pada dagangan Eropah hari ini selepas pasaran kembali tidak menentu atas faktor data China yang melemah serta kebimbangan geopolitik.

Data perkilangan China mencatatkan penurunan untuk bulan ketiga berturut-turut sekaligus memberi isyarat bahawa ekonomi China masih berada dalam fasa kemerosotan. Indeks PMI yang dicatatkan pada Februari hadir pada angka 49.2, dibawah jangkaan pasaran 49.5. Ini merupakan bacaan yang ketiga berturut-turut di bawah angka 50.0.

Selain itu, para pelabur juga kembali gelisah terhadap ketidaktentuan perkembangan pada rundingan perdagangan antara AS-China. Semalam, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer memberitahu kongres menerima laporan terlalu awal dan masih banyak kebarangkalian yang boleh dijangkakan daripada keputusan rundingan daganga AS-China tersebut.

Bukan itu sahaja, yang terbaru mengenai perjumpaan Presiden Donald Trump dan Kim Jong Un, mereka dilaporkan telah menamatkan perbincangan lebih awal daripada yang dijadualkan dan membatalkan majlis menandatangani perjanjian nuklear.

Sementara itu, antara matawang yang paling kukuh pada minggu ini iaitu Sterling, menurun daripada paras tertinggi 7 bulan pada hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur daripada posisi belian menjelang penutupan hari terakhir bulan Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat