Fasa Terakhir Rundingan EU-UK Menunjukkan Tanda Positif – Matawang Pound Terus Kukuh!

292

Pegawai pentadbiran Kesatuan Eropah (EU) dan UK  dilaporkan akan memulakan rundingan kesembilan mereka pada hari Selasa, yang juga merupakan peringkat terakhir perbincangan sebelum tarikh akhir pada 15 Oktober.

Walaupun perbincangan perdagangan antara dua buah negara tersebut tergantung disebabkan tiada kesefahaman dalam peraturan persaingan dan isu perikanan, namun pegawai UK telah memberi isyarat bahawa ada beberapa perkembangan positif dalam beberapa hari terakhir ini.

UK dan EU setakat ini masih berusaha untuk mencapai kesepakatan dalam perjanjian perdagangan baru sejak Mac setelah UK keluar dari Kesatuan Eropah pada bulan Januari. Walaubagaimanapun, UK menyatakan bahawa tempoh rundingan hanya akan berlangsung sehingga bulan Disember dan selepas itu, tarif mula dikenakan.

Untuk mendapatkan persetujuan parlimen bagi perjanjian perdagangan baru sebelum tarikh akhir, kedua-dua pihak telah komited untuk mementerai perjanjian pada bulan Oktober.

Michael Gove yang merupakan anggota kerajaan UK akan bertemu dengan pegawai Eropah di Burssels pada hari ini bagi membincangkan kedudukan undang-undang kontroversial ini. EU telah menyatakan dengan jelas bahawa pihak mereka tidak akan menerima rang undang-undang yang terkini. Menteri Hal Ehwal Eropah Perancis Clement Beaune mengatakan pada hujung minggu bahawa terdapat kemungkinan kesepakatan akan terhasil pada kebarangkalian melebih 50%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat