Fed Kaplan: Bank Pusat Perlu Mengkaji Lebih Teliti Sebelum Naikkan Kadar Bulan Disember

42

Bank pusat Fed perlu membuat kajian yang lebih teliti sama ada untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Disember ini ataupun tidak, namun tidak perlu menunggu inflasi betul-betul mencapai sasaran 2 peratus, atau sedang bergerak ke arah itu, kata Presiden Fed cawangan Dallas, Robert Kaplan.

Rober Kaplan merupakan salah seorang mengundi dalam keputusan dasar monetari Fed turut mengatakan, “Saya perlukan bukti yang jelas bahawa kitaran sedang meningkat sehingga cukup untuk menolak inflasi pada masa hadapan, walaupun saya masih belum dapat melihatnya ketika ini”.

Nada beliau sedikit berbeza dengan Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari yang terkenal dengan pendirian paling dovish apabila mengatakan beliau hanya akan bersetuju untuk naikkan kadar faedah jika inflasi teras mencapai sasaran 2 peratus Fed.

Walau bagaimanapun, kenyataan Kaplan dilihat lebih memihak pandangan kebanyakkan ahli Fed lain yang menjangkakan kenaikan kadar faeadah pada bulan Disember nanti, disokong oleh kadar pengangguran di paras 4.4 peratus, dan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan bergerak lebih pantas sehingga dapat menjana lebih banyak pekerjaan di masa hadapan.

Pengerusi Fed, Janet Yellen pada minggu lalu mengatakan beliau percaya inflasi yang lemah ini akan mula meningkat kembali ke arah sasaran Fed dalam jangka masa sederhana.

Kaplan sekali lagi mengulangi bahawa, Fed “mampu untuk lebih bersabar” mengenai kenaikan kadar faedah, terutamanya pada tahun hadapan kerana kemungkinan pertumbuhan ekonomi US akan bergerak lebih perlahan daripada sekarang.

Padangan beliau ini turut disokong oleh penurunan hasil bon 10-tahun tahun, yang mana Kaplan mengatakan bahawa kadar ini menjadi salah satu penentu kepada ketinggian kadar faedah yang boleh dikeluarkan oleh Fed. Hasil bon ketika ini berada di paras 2.3 peratus.

“Kita mempunyai ruang untuk kenaikkan (kadar), namun tidak begitu banyak seperti yang difikirkan. Kami akan melihat mengkaji lebih teliti adakah bank pusat perlu mengambil tindakan selanjutnya pada Disember nanti. Saya masih terbuka dengan hal ini”, tambah beliau mengakhiri ucapannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat