Fed Nak Naikkan Kadar Faedah Lebih 6%, BTC Bakal ‘Crash’?

489

“Pening kepala, mana satu ni nak naikkan kadar faedah ke tak.”

Sungguhpun krisis siling hutang masih berpanjangan, Presiden Federal Reserve (Fed) Minneapolis Neel Kashkari dan Presiden Fed St Louis James Bullard turut bersetuju dengan pegawai lain untuk mempertimbangkan lebih banyak kenaikan kadar faedah.

Umum mengetahui bahawa perjanjian siling hutang akan memberi kesan positif kepada harga Bitcoin (BTC) susulan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mungkin mengeluarkan bon kerajaan untuk memulihkan semula baki hilang semasa krisis perbankan.

Ekoran ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada minggu lalu gagal memberi hala tuju jelas, banyak pelabur berpandangan bank pusat AS akan meneruskan kenaikan kadar faedah sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menangani inflasi.

Ditambah pula Presiden Fed Dallas Lorie Logan, Gabenor Fed Philip Jefferson, Presiden Fed New York John Williams, Gabenor Lembaga Fed Michelle Bowman dan lain-lain yang juga bersetuju untuk menaikkan lagi kadar faedah.

Menurut Bullard pada 22 Mei semalam, bank pusat haruslah menaikkan kadar faedah dua kali pada tahun ini manakala Kashkari pula berhasrat menaikkan kadar faedah melebihi 6% untuk mengekang inflasi.

Selain itu, pedagang veteran Peter Brandt meramalkan harga BTC akan menjunam di bawah $26,800 seterusnya $24,800 sebelum membuat pergerakan mendatar untuk melonjak lebih tinggi, di mana beliau yakin aset digital itu dapat tembus $40,000.

Walaupun whales dan miners menjual pegangan BTC masing-masing susulan menjangkakan harganya akan jatuh disebabkan keadaan makroekonomi tidak memberangsangkan, aset digital itu kini melonjak sebanyak 1.47% pada paras $27,002 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat