Fed Tepati Jangkaan, Naikkan Kadar Faedah Kepada 1.75%!

635

Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan pasaran dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi FOMC yang berlangsung awal pagi tadi.

Ini merupakan kenaikan terbesar yang dilaksanakan sejak tahun 1994, menjadikan kadar semasa meningkat kepada 1.75%.

Bercakap dalam sidang akhbar susulan mesyuarat tersebut, Pengerusi Fed, Jerome Powell mengakui bahawa kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas adalah satu langkah yang luar biasa besar.

Walaupun pegawai Fed tidak menjangkakan pergerakan sebesar ini akan dilakukan, tetapi ia tidak menolak untuk melaksanakan peningkatan setengah mata asas dan tiga suku mata asas pada mesyuarat seterusnya.

Meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh FOMC, didapati 10 daripada 11 ahli penggubal dasar menyokong keputusan tersebut. Presiden Fed Kansas City, Esther George adalah satu-satunya pegawai yang mengundi untuk kenaikan 50 mata asas.

Jawatankuasa itu turut mengatakan ia sangat komited untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran bank pusat 2%, memberi indikasi bahawa kenaikan yang lebih agresif boleh berlaku.

Menjelang tahun 2023, kadar faedah dilihat akan meningkat kepada 3.8%, satu mata peratusan penuh lebih tinggi daripada yang dijangkakan pada Mac.

Sementara itu, Fed juga menurunkan unjuran ekonominya untuk tahun 2022, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan. Ini membuktikan bank pusat itu bersedia mengambil risiko untuk menurunkan inflasi yang semakin ganas.

Median Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat diturunkan kepada 1.7% daripada 2.8% yang dijangkakan sebelum ini pada Mac.

Walaupun begitu, Fed masih tidak meramalkan inflasi akan menurun tahun ini, tetapi menyaksikan pengangguran meningkat kepada 3.7% pada 2022, lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat