Fed Umum Kenaikan Kadar Sehingga 1.00 Peratus!

47

Fed telah menaikkan kadar seawal jam 2 pagi tadi untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan kerana didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh. Fed dikatakan menaikkan kadar berikutan prospek yang positif dari sektor buruh disamping peningkatan inflasi yang selari dengan sasaran bank pusat.

Semalam Fed telah mengambil keputusan untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas daripda 0.75 peratus kepada 1.00 peratus sekali gus menunjukkan langkah yang lebih yakin oleh Fed dalam kembali meletakkan dasar monetari di tempat yang normal.

Menurut Yellen dalam satu sidang media selepas mesyuarat dua hari tersebut, Fed mempunyai keyakinan terhadap momentum ekonomi. Fed juga menilai kemajuan ekonomi sejak beberapa bulan yang lepas sebelum akhirnya mengambil keputusan ini.

Dalam masa yang sama, Fed juga meletakkan unjuran kenaikan kadar sebanyak dua kali lagi tahun ini sementara tiga lagi pada tahun 2018.

Seleian itu, sasaran inflasi juga dilihat sedang bergerak menghampiri sasaran 2 peratus dengan pengukuhan data perniagaan setelah beberapa bulan menunjukkan kelemahan.

Malas Baca Berita Ekonomi? FOMC? NFP? Anda Rugi, Inilah Penggerak Pasaran!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat