Federal Reserve Perlu Bertindak Jika Coronavirus Jejaskan Ekonomi A.S – Fed Harker

174

Presiden Federal Reserve (Fed) Philadelphia, Patrick Harker memberitahu bank pusat Amerika Syarikat kini sedang memantau dengan lebih dekat mengenai perkembangan terhadap impak coronavirus ke atas ekonomi global.

Menurut Harker, kebimbangan terhadap penularan wabak coronavirus boleh menjejaskan pertumbuhan. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyatakan kesannya terhadap ekonomi global, tetapi impak ke atas ekonomi China merupakan sesuatu yang perlu diperhatikan.

Beliau berpendapat jika Fed mengambil langkah rangsangan untuk mengurangkan kadar faedah, ia tetap tidak dapat menawarkan lebih banyak bantuan kepada syarikat yang mengalami gangguan rantaian bekalan disebabkan penutupan operasi susulan penyebaran wabak ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, jika bank pusat melihat situasi semakin memburuk dan terdapat kesan ketara terhadap ekonomi A.S, maka Fed perlu mempertimbangkan langkah sewajarnya.

Harker yang berucap di University of Delaware pada Isnin, berpendapat bahawa Fed perlu kekalkan kadar faedah buat masa ini dan beliau menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan mencapai 2% tahun ini, manakala kadar pengangguran pula kekal berada di bawah paras 4% dalam beberapa tahun.

Harker merupakan salah seorang ahli Fed yang mengundi dalam keputusan FOMC tahun lepas, hanya menyokong untuk pemotongan kadar faedah pertama, manakala dua lagi tidak dipersetujui oleh beliau.

Sebelum mesyuarat dasar pada minggu lepas berlangsung, beliau memberitahu bahawa terdapat kecenderungan untuk kadar faedah yang rendah, di mana ia boleh menggalakkan pelabur untuk mengambil risiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat