FedEx Saman Pentadbiran Amerika Syarikat!

868

FedEx Corp yang merupakan firma penghataran bungkusan terkenal telah bertindak untuk menyaman kerajaan Amerika Syarikat. Hal ini berikutan atas dakwaan bahawa syarikat mereka tidak sepatutnya mematuhi larangan eksport yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Sebelum ini FedEx telah menyekat penghataran telefon pintar Huawei dan mengembalikan semula telefon pintar tersebut kepada penghantarnya dengan alasan penghantaran tersebut dibatalkan berikutan isu antara kerajaan Amerika Syarikat dengan Huawei.

Walaubagaimanapun, FedEx mendakwa bahawa ia adalah akibat kesilapan operasi. Namun beberapa kali kesilapan sama yang membabitkan telefon pintar Huawei, menyebabkan kerajaan China telah mula hilang kepercayaan ke atas syarikat tersebut.

Sebelum ini, China telah mengeluarkan senarai entiti firma-firma luar negara mahupun individu yang dianggap tidak memenuhi syarat atau tidak dapat dipercayai untuk disenarai hitam. Dengan isu yang berlaku, ramai berspekulasi bahawa FedEx akan dimasukkan dalam senarai tersebut. Pada ketika ini 7% daripada pendapatan FedEx adalah diperolehi dari China.

Saham FedEx jatuh 1.9% keapda US$157.86 semalam. Susulan hal ini, Fed telah mengambil keputusan untuk menyaman Kerajaan Amerika Syarikat kerana mereka tidak sepatutnya bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat